30 Oct 2012

RUKUN IMAN - DR. ABU ANAS MADANI

MUQADDIMAH 

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Nabi yang tidak ada lagi nabi selepasnya, iaitu Nabi kita Muhammad bin Abdullah SAW. Penyebaran ilmu Islam mempunyai kesan yang besar dalam menjelaskan hakikat Islam, meneguhkan pendirian beragama dan membangunkan umat. Berdasarkan tujuan yang murni ini kami berusaha untuk merealisasikannya melalui jalan dakwah dan pendidikan. Usaha untuk memberi sumbangan ke arah mencapai matlamat tersebut, tulisan mengenai “Rukun Iman” yang dinukil secara ringkas dan bersandar kepada dalil daripada al-Quran dan As-Sunnah. Perbahasan buku ini memudahkan pembaca untuk memahami dan ia disasarkan khususnya kepada mereka yang tidak mempelajari secara mendalam ilmu-ilmu Islam.

Tulisan ini merupakan salah satu daripada program Jabatan Kajian Ilmiah, Universiti Islam Madinah. Pihak Jabatan telah meminta beberapa orang pensyarah dari Jabatan Usuluddin untuk menulis beberapa tajuk yang telah dipilih. Buku ini kemudiannya telah diterjemahkan ke pelbagai bahasa dunia hari ini. [Lihat: http://www.islamhouse.com/ ]

Saya diamanahkah untuk menterjemahkannya ke Bahasa Melayu bersama beberapa orang sahabat mahasiswa UIM yang masih menuntut di sana. Memandangkan buku yang ditulis seperti ini tidak begitu meluas dalam masyarakat kita, maka diharapkan buku “Rukun Iman” ini dapat memberi ilmu fardhu ‘ain yang berguna kepada masyarakat dalam memahami ilmu yang amat penting ini. Walaupun kecil, ia merangkumi semua topik yang berkaitan dengan Iman yang dibincangkan berdasarkan dalil daripada Kitab dan Sunnah. Kami memohon kepada Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Tinggi agar mengurniakan sebaik-baik ganjaran pahala kepada panel penulis dan penterjemah serta mereka yang mencetak dan mengedarnya di Malaysiai. Kami juga memohon kepada Allah Subhanu Wa Ta’ala agar menjadikan amal ini sebagai sesuatu yang memberi manfaat serta memberi taufik kepada kami untuk melaksanakan beberapa projek lain lagi dengan limpah kurnia-Nya. Juga agar Allah Subhanu Wa Ta’ala memberi taufik kepada kita semua untuk melakukan perkara yang disukai dan diredhai-Nya, serta menjadikan kita semua dalam kalangan para pendakwah dan pendokong kebenaran.

Penterjemah/Penyunting,
Abu Anas Madani.
www.abuanasmadani.com


  • Harga Buku : RM 13
  • Kos Pos dan Bungkusan : RM 7 (S.Malaysia) / RM 10 (Sabah/Sarawak)
  • ISBN-13: 978-983-44509-3-9
  • Cetakan Pertama: 2012
  • Jumlah Muka Surat : 155
  • Penerbit: DAR TAIBAH
Untuk mendapatkan RUKUN IMAN ini, sila hubungi:
  • Nama: Mohd Izdiharudin Ibrahim
  • No. H/P: 019-4145383
  • No Akaun Maybank: 1620 1284 7428

No comments:

Post a Comment